Minyak But-But Plus Gamat

RM11.90

Campuran minyak but-but dan ibu gamat putih resepi turun temurun dari pengamal perubatan traditional bagi rawatan patah tulang. Juga baik untuk buasir, senak dan kembung, luka-luka, kebas kaki tangan, Ibu-ibu Yang Baru Bersalin.

Category:

Minyak But-But Plus Gamat, Mnyak urut traditional untuk patah tulang dan terseliuh.  Minyak Burung But-But campuran ibu gamat putih resepi turun temurun dari pengamal perubatan traditional bagi rawatan patah tulang

Khasiat – Patah tulang- Urut perlahan pada tempat yang patah kemudian dibalut
– Terseliuh- Urut pada tempat sakit
– Buasir- Sapu pada tempat buasir, ulang setiap malam sebelum tidur
– Senak dan kembung- Sapu pada ari-ari dan pusat
– Luka-luka- Letakkan pada tempat luka dan balut
– Kebas kaki dan tangan- Sapu dan urut
– Bagi Ibu-ibu Yang Baru Bersalin- Sapu pada perut, tapak kaki dan betis ibu yang baru bersalin
– Kanak-kanak senak kembung- Gosokkan ke tapak tangan anda sehingga suam kemudian sapu di perut, belakang dan perut betis anak

 

Ramai pengamal perubatan tidak mengetahui bahawa terdapat beberapa organ terpenting pada burung but- but yang amat berkesan untuk menghilangkan kebas -kebas dan lenguh-lenguh, sekaligus dapat membetulkan urat-urat setelah patah, ini disebabkan mereka hanya mengkaji mengenai tumbuhan herba yang diambil oleh burung tersebut untuk memulihkan anaknya sahaja, sebenarnya penawar tersebut ada pada burung but-but itu sendiri, namun demikian ia perlu dimasak dengan minyak yang dicampur bahan herba untuk mengurut. Sebaiknya bahan herba yang dicampurkan ialah tumbuhan yang dapat menyembuhkan kaki anaknya apabila patah dan ditambah dengan rempah ratus (100 jenis herba).
Rempah ratus diperlukan untuk membuang angin dan melancarkan kembali peredaran darah dalam urat ketika patah.
Kajian tradisional juga mendapati minyak but-but dan herba hanya untuk mengurut dan memulihkan tulang yang patah sahaja dan tidak berupaya menyembuhkan luka-luka dengan pantas. Oleh itu, ia perlulah diadun dengan gamat untuk menyembuhkan luka.

Shopping Cart